Book I Read

1. MUKMIN PROFESSIONAL; Celik Mata Hati. Apa yang menarik perhatian saya untuk membaca buku ini ialah corak penyampaiannya yang begitu santai dan secara peribadi bagi saya setaraf dengan buku - buku antarabangsa. Sekali imbas, buku ini kelihatan seperti buku pengurusan perniagaan. Namun, bila menyelami setiap yang dibincangkan, terdetik hati... masih jauh skala hidup untuk mencapai tahap mukmin yang sejati. Buku ini telah membuka hati untuk memperbaiki diri untuk mula menyemak diri dan membina kehidupan dengan kembali kepada yang paling ASAS- mengenali diri melalui asas KETUHANAN. Bersyukur kepada Allah kerana merezekikan ku pancaindera dan kesabaran menelaah satu persatu kata - kata Ilmu Allah yang Maha Hebat ini. Semoga perkongsian ini menjadi wacana pembuka kepada rakan pembaca untuk mula membaca buku ini. Bukan promosi, tetapi jujur saya merasakan buku ini banyak membantu saya melihat kehidupan daripada suatu dimensi ISLAM yang PROFESIONAL. Tidaklah Islam itu kolot, malahan saya bangga menjadi seorang muslim dan bercita - cita menjadi seorang mukminin. Selamat Membaca.... semoga Allah merahmati kita semua......

2. HADIS 40 IMAM NAWAWI. Buku ini salah satu buku koleksi hadis 40 Imam Nawawi yang ada dalam koleksi pembacaan saya. Santai dan 'penuh' itulah pandangan peribadi yang dapat saya berikan kepada buku ini. Penyampaian tentang 42 hadis ini secara effective, dan full colours. Menyegarkan. InsyaAllah, dari masa ke semasa akan saya kongsikan gysts pembacaan dengan rakan blog yang sudi mengikuti perkongsian saya. Paling menarik, anak saya sendiri suka membacanya dan akan bertanya setiap hadis yang disampaikan. Saya setujut apabila saranan di kulit belakang buku ini ; "JADIKAN BUKU INI SEBAGAI BAHAN BACAAN SEISI KELUARGA DI RUMAH, DI PEJABAT DAN DI MASJID UNTUK DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN". InsyaAllah.

3. 101 REKREASI HATI; Buat diriku yang mudah lupa. Komik? haah.... kartun? iyer..... Buku Agama? yupp! Salah satu buku yang sangat menarik untuk merehatkan minda yang sememangnya penat dengan kerenah dunia. Tercuit hati melihat telatah visual yang dipaparkan, tanpa sedar... itu sebagai cermin pada apa yang berlaku dewasa ini. Terima kasih kerana usaha menjadikan penyampaian hadis dalam bentuk kecindan dan menginsafkan. Selamat membaca.....